Thursday, December 29, 2011

G1 MEGATRON

Nie G1 megatron yang first version keluaran Takara Tomy.
Ini pistol mode dia. Jadi pistol pantzer P38

Nie accesories dia. Untuk jadi sniper gun.

Memang ngam-ngam tanganla macam pistol betul.

Nie full accesories dia.

Monday, December 19, 2011

BRYAN ROBSON

Salah sorang lagi lagenda Man Utd yang aku ada. Nie bryan Robson
Macam Mark Hughes, yang nie juga yang edisi terhad jugak. Hanya ada 4337 unit aje dalam dunia yang corinthians keluarkan.. Aku punya yang no 1015

Kalau peminat Man Utd semua lebih kenal Robson sebagai Captain Marvel





Pakai pun nombor legend Man Utd 7. Lepas dia pakai barulah Cantona pakai. Last cerita pasal dia dia coach team Thailand yang tak berapa nak berjayala pasal Malaysia lagi power.

Sunday, December 4, 2011

KISS KOMPENDIUM

Lupakan pasal box set, robot, Man Utd kejap. Nie salah satu komok yang keluar masa SDCC2010(San Diego Comic Convention) Ini merupakan kumpulan komik-komik KISS yang pernah Marvel keluarkan dijadikan satu. Ynag Atasnie Kulit nipis dia.Kira Packagingla.
Nie gambar hard cover dia.

Nie First page dia.

Nie tebal dia. Bandingkan dengan dunhill 20 Sebelah dia.

Nie hard cover tepi dia. Dua nama aje yang ada. Paul dengan Gene. Rasa pasal sekarang tinggal 2 tua jae yang maintain kot.


Full comparison degan Dunhill 20. Adik aku bebel pasal berat sangat masa beli bendanie. Dia kena pegang pasal gilir-gilir pergi sambahyang. Padanla portdy aku suruh belikan sekali dia tak sanggup.

Nie kulit-kulit comic yang ada. Nie macam koleksi Raja Rimba yang sekali beli satu jilid ada 10 siri cuma yang ini 15 kali ganda lagi tebal.


Nie salah satu lukisan-lukisan yang ada dalamnya.

Ad mula-la ayat kat bukunie yang konon-kononnya comicnie dilukis dengan dakwat darah band KISSnie.



Nie total mukasurat dia. 1280

Dah abis baca semua komik dianie, Kat belakang adala sikit-sikit gambar diaorang yang Hajjah Linda gelar orang tak siap. Tuan Hj tengok pun berbulu.

MC Farlane. Semua action figure kiss dia keluarkan.



Nie mukasurat last dia.



Nak baca boleh datang rumahla. Nak suruh PDFkan colur aku rasa 1TB pun tak cukup. Lagi satu boleh roboh scanner atau mesin Xerox kat opis.

Tuesday, November 29, 2011

OPTIMUS PRIMAL (BEAST MACHINES)

Salah satu lagi optimus prime yang aku ada. Ini dari siri beast machines. Besat machine keluar selepas beast wars. Yang mana robot semua boleh bertukar menjadi haiwan(predacon) tak kira decepticon atau autobot. Aku pun dah lupa apa gelaran diaorang.
Kalu geng autobot, nie lah lambang dia. Siri nie main kat TV pada masa hujung-hujung 90an kalau tak silap aku sebelum Transformers RID, armada dan cybertron muncul.

Nie beast mode dia. Jadi orang hutan. Bezanya dengan beast wars dengan beast machine, yang beast wars takde warna-warna biri macam kat body beast machine. Kalau orang hutan memang sebiji macam orang hutan siap bulu-bulu sekali. Yang beast machinenie dah jadi separuh cyberon mode pasal terkena radiasi yang aku dah takberapa ingat sangat cerita dia.

Siri nie aku tak tengok sangat pasal episod dia panjang dan berkait dengan beast wars. Lagi satu masa tu duduk kat hostel. Takkan nak tengok kartun pulak. Marahla orang. So bila balik kampung barula tengok.


Tapi athun lepas RTM 2 ada jugak ulangan siri beast machines nie tiap-tiap Sabtu pukul 7:30 pagi. So, kalau tak kerja aku tengokla. Even kalau orang rumah ajak keluarpun habiskan dulu. baru jalan. Pun ending dia pun aku tak tau. tau-tau dah tak main lagi dah kat RTM2. Tapi yangbestnya aku dapat Optimal primalnie kat pasar bundle pekan benut dengan harga RM3.00. Rezeki.

Thursday, November 24, 2011

AUTOBOT JOLT/BUGATTI VEYRON

Semalam kita dah review LAMBORGHINI GALARDO. Harinie kita nak review pulak kereta terhebat sejak manusia mencipta kereta. BUGATTI VEYRON.
Kereta yang ada seribe kuasa kudanie memang terkenal diseluruh dunia. Model yang aku adanie model tahun 2003. Jadi dah dekat 10 tahundah dia wujud. Aku first tengok model yang nie dulu baru aku tahu bugatti ada buat jugak. Jadi Hasbro ambik daripada design bugatti untuk autobot joltnie.

Nie robot mode dia. Ini dari cybertron punya series. Pengganti edisi beast machines yang tak berapa orang minat. Kat cbertron series, Optimus prime dipanggil galaxy convoy. RTM2 keluar alih bahasa Malaysia untuk siri ini.


Lagi satu kalau nak kenal dia cybertron punya geng, Setiap ahlinya tak kira autobot atau decepticon, mesti ada cybertron key yang macam warna biru kat atas nie untuk mengeluarkan senjata dan kuasa tersembunyi. Bagi bugatti veyronnie. Cucuk aje cybertron key dia, keluarlah pelancar peluru kat bahunya seperti kat gambar nombor 3

Wednesday, November 23, 2011

G1 SUNSTREAKER

Ini reincarnation autobot G1 sunstreaker. Kaluar dalam label universe. Dia keluar tak salah aku dalam 4 tahun lepas. Kalau yang original G1 keluar sebagai lamborghini diablo warna kuning, yang nie keluar seabagai model Galardo.
Dua gambar atasnie vehicle mode dia.

Nie robot mode dia. Sebiji macam G1. Aku tengah taipnie office mate aku tengah ceramah aku pasal bela patung kat rumah.

Rasa taubat la pulak. Tapi takpe, semua robot aku sedang dalam vehicle mode. Blahla kimon.


Thursday, November 17, 2011

DINOBOT LEADER GRIMLOCK

Ok, hari tu aku pernah upload masterpiece grimlock. Harinie aku nak tunjukkan grimlock yang keluar atas label transformers universe. Yang nie keluaran tahun 2006. Memang selepas grimlock original G1 dan G2 (warna biru). Takde lagi versi grimlock yang jadi T-rex.
Yang version nie warna sahaja yang sama dengan G1. Tapi robot mode dia ada beza sedikit dengan G1 dam masterpiece. Versi yang nie ekor dia boleh jadi cemeti.Kalau tengok kaki dia pun gunakan kepala T-rex sebagai base dia.Memang berbeza antara G1 dan Masterpiece. Kepala memang sama denagn yang version-version lain.

Dalam beast mode dia. Memang tak jauh beza dengan yang lain.



So bagi collector, grimlock memang kena ada at least satula. Pasal Dia merupakan leader dinobot. Dan kalau tengok kartun G1 zaman Optimus dan rodimus prime, grimlock dan pasukan dinobot team adalah bodygurad dan hulubalang yang akan dibawa oleh optimus dan rodimus. Terutama sekali grimlock. Memang tak tinggal. Kalau nak tau, dinobot lahir kat bumi ye. Bukan kat cybertron. Whelljack yang cipta.

Wednesday, November 16, 2011

HUMAN ALLIANCE BUMBLEBEE

Yang nie human alliance bumblebee yang bewarna hitam
Version nie datang sekali dengan patung Sam

Nie belakang dia

Version yang nie detail macam alternators punya. Siap seat, dashboard. Siap Sam boleh masuk dan drive dia.

Nie robot mode dia.



Tuesday, November 1, 2011

PROSTARS MARH HUGHES(WORLD CLUB LEGEND)

Sejak dari kena pecat daripada menjadi pengurus Manchester City. Terus tak dengar cerita dia. So semalam sampai juga dia kat aku dari Thailand. Nie merupakan Prostars Manchester Unitek aku yang ke 39.
Nie adalah Mark Hughes masa season las kat Manchester United (1993-1994 kalau tak silap). Nie special edition dikeluarkan selepas dia meninggalkan Manchester United. Ni keluaran 1995. Baju hijau kuningnie memang pernah keluar sekali sahaja pada musim 1993-1994. Sekarang baju away Manchester United warna putih, hitam dan biru aje. Dulu ada kelabu ,belang-belang dan hijau kuning macam jersi Kedah zaman Sundramurthynie pun ada.

Prostars yang ini limited edition . Hanya ada 1542 buah sahaja kat dunia. Nie pun dah kali yang keberapa bidding baru aku dapat. Aku rasa takde keluar Mark Hughes yang baju merah sebab patungnie start keluar pada tahun 1995. Time tu dia dah main Chelsea dah. So nie special edition untuk memperingati dia. Satu lagi kalau dapat pun yang dia pakai baju pasukan Wales atau Chelsea. Itupun boleh tahan harganya. Jejak ratusan ringgit.